Saturday, November 6, 2010

Untuk adik-adik peserta 3R



JOM!

Khas untuk lepasan SPM/STPM 2010! Nantikan makluman lanjut daripada kami..


Kem Remaja Soleh dan Musleh Kemaman 2010


Sempena cuti sekolah yang bakal menjelang, Kelab Remaja IKRAM Kemaman akan menganjurkan Kem Remaja Soleh dan Musleh peringkat daerah Kemaman atau KARISMA '10. Kem ini dibuka kepada semua pelajar menengah seluruh daerah Kemaman sebagai platform untuk menerapkan aqidah dan iman yang sejahtera serta membina sahsiah dan kepimpinan remaja melalui modul-modul menarik yang disediakan.
Kem ini akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 2-4 Disember 2010 (Pendaftaran di tempat program bermula jam 2 ptg, 2 Dis dan program berakhir sekitar 2 ptg 4 Dis. )
Tempat : Institut Integriti Terengganu, Teluk Kalong, Kemaman.
Yuran penyertaan : RM50 sahaja termasuk makanan dan penginapan.
Remaja yang berminat untuk menyertai program ini, sila hantar butir-butir berikut ke email ayusri223@yahoo.com atau sms 0136454777
Nama, Alamat, Sekolah, Tingkatan, No k/p dan No tel.
Tarikh tutup pendaftaran adalah 28 Nov 2010